Friday, August 27, 2010

Jurnal Refleksi Minggu ke-7

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Pada minggu ke-7 ini, sesi kuliah dijalankan dengan mengadakan dua sesi perbentangan oleh dua kumpulan pertama pada minggu ini. Masing-masing membentangkan tajuk Sejarah Muzik Tradisional di Tanah Melayu dan Zikir.

Kumpulan 1 : Sejarah Muzik Tradisional di Tanah Melayu



Kumpulan ini membentangkan tajuk ini dengan menyentuh beberapa aspek penting iaitu konsep dan sejarah, pengaruh luar dan contoh alat muzik.

Dalam aspek perkembangan muzik tradisional, perkembangan ini sentiasa berlaku bermula dari zaman purba sehingga zaman moden yang mana setiap zaman itu mempunyai keunikan muziknya dan bentuk  yang tersendiri. Kita dapat melihat, misalnya, di zaman purba kala dahulu, alat-alat muzik yang digunakan adalah tulang-tulang haiwan.Kemudian, apabila zaman semakin maju, alat-alat muzik yang digunakan dicipta dengan nilai-nilai yang mementingkan nilai seni dan bunyi yang lebih baik. Alat-alat muzik yang dibuat daripada tulang-tulang haiwan diganti dengan kayu, logam dan sebagainya dan mempunyai bentuk yang lebih baik.

Antara pengaruh-pengaruh luar yang terdapat dalam muzik tradisional di Malaysia ialah pengaruh budaya dari India, China dan Timur Tengah. Kesemua pengaruh ini dibawa masuk melalui faktor perdagangan, perkahwinan. Selain itu, muzik tradisional di Malaysia juga pendapat pengaruh hasil daripada penjajahan oleh Portugis, Belanda dan Inggeris yang pada masa yang sama membawa masuk budaya mereka ke Tanah Melayu.

Pengaruh-pengaruh yang terdapat di Malaysia ini dapat kita lihat melalui alat-alat muzik yang terdapat dalam muzik tradisional kita sekarang.

Kumpulan 2 : Zikir



Dalam perbentangan oleh kumpulan kedua ini, mereka membawa kita masuk ke dunia Islam dengan membentangkan tajuk Zikir. Beberapa aspek penting tentang zikir disentuh iaitu sejarah, pengertian, pengaruh,  upacara yang terdapatnya penggunaan zikir dan aspek muzikal yang terdapat dalam zikir. Kumpulan ini juga memperlihatkan contoh-contoh zikir yang mengikut tarekat masing-masing. Pengaruh yang terdapat dalam zikir berdasarkan mazhab Syafi'e.

Antara upacara yang menggunakan zikir adalah seperti tahlil, hari-hari kebesaran seperti hari kemerdekaan, tahun baru dan lain-lain. Dalam aspek muzikal pula, biasanya zikir ini digunakan melalui muzik vokal.

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 AMIRULAH Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template