Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada minggu ke-6, dua tajuk kuliah muzik tradisional telah pun dipelajari iaitu Makyung dan Kompang. Sebelum mengikuti sesi kuliah pada minggu ini, pengetahuan saya terhadap muzik tradisional Makyung tidak mendalam dan banyak yang masih saya tidak tahu tentang Makyung ini berbanding dengan Kompang kerana saya telah mengambil kursus ini semasa semester 1.
Semasa sesi kuliah minggu ke-6 ini, banyak input telah saya peroleh tentang Makyung dan Kompang itu sendiri antaranya sejarahnya, alat muzik yang dimainkan, dan elemen-elemen yang digunakan dalam kedua-dua seni muzik tradisional tersebut.
MAKYUNG
Makyung merupakan salah satu seni muzik jeni tarian utama ataupun dipanggil juga sebagai dramatari yang berbentuk cerita mitos dan lagenda. Makyung ini dibentuk melalui identiti dramatik yang menggunakan manusia sebagai pelakon. Banyak pendapat mengenai asal usul sejarah Makyung ini antaranya ialah berasal dari Patani, dan kemudiannya tersebar luas ke Semenanjung Malaysia, Medan dan Kepualauan Riau-Lingga. Makyung ini begitu terkenal krtika dibawah naungan Sultan Mohamad ke IV.
Asalnya muzik ini hanya dimainkan di istana tetapi lama-kelamaan muzik ini menjadi muzik rakyat dan begitu terkenal di Kelantan.Makyung ini dimainkan dengan cara Theater In The Round iaitu persembahan yang dilakukan dengan ditengah-tengah penonton yang duduk secara bulatan.
.
Dalam muzik tradisional Makyung ini, antara watak-watak yang dimainkan adalah Pak Yung dan Pak Yung Muda sebagai utama, Makyung dan Puteri Makyung sebagai Raja Perempuan, Peran Tua dan Peran Muda sebagai pengasuh, dan Tok Wan sebagai ahli nujum dan tukang.
Antara alat muzik yang dimainkan dalam Makyung ialah rebab. Rebab merupakan satu alat yang penting dalam Makyung kerana bukan sahaja berfungsi sebagai alat muzik dalam persembahan tersebut malahan merupakan semangat bagi seni ini. Kita dapat melihat betapa pentinganya rebab itu sehingga adanya lagu Mengadap Rebab sebagai penghormatan terhadap rebab itu sendiri terlebih dahulu. Selain rebab, antara alat-alat muzik lain yang dimainkan dalam Makyung ialah sepasang gendang, tetawak, rebab 3 tali, serunai, geduk dan canai.
Bentuk pengalunan muzik Makyung ditentukan oleh sistem gongan yang dipimpin oleh tetawak. Kita juga dapat melihat irama yang dimainkan adalah secara meningkah dan hampir kesemua lagu dalam seni Makyung ini bertempo perlahan.
KOMPANG
Sejarah muzik kompang yang terdapat di Malaysia ini dikatakan berasal daripada Timur Tengah ataupun dari tanah Arab. Kompang ini dibawa masuk melalui Jawa oleh pedagang Arab pada kurun ke-13. Dalam masyarakat Melayu, kompang ini merupakan satu jenisan muzik yang popular. Kompang ini diperbuat daripada kulit kambing betina pada bahagian tengahnya manakala bahagian tepi diperbuat daripada kayu nangka. Kebiasaannya, alat ini mempunyai pelbagai saiz mengikut peringkat kesesuaian pemain. Antara saiz yang biasa digunakan adalah 30cm bagi pemain yang berumur lingkungan 12 tahun. Manakala bagi orang dewasa, saiz yang biasa digunakan adalah 32.5 cm, 35 cm dan 37.5 cm.
Cara permainan kompang adalah dengan memukul bahagian tengah kompang itu dengan tangan ataupun jari dan boleh dimainkan secara duduk, berdiri ataupun berarak dan terkini formasi. Bunyi berlainan dapat dihasilkan cara pukulan yang berlainan. Kompang dapat menghasilkan dua bunyi yang berlainan iaitu 'pak' dan 'bung'. tiga cara pukulan iaitu pukulan melalu, meningkah dan menyilang dapat menghasilkan paduan bunyi yang harmoni dengan melalu dan meningkah adalah pukulan asas manakala menyilang menghasilkan harmoni.
Konklusinya, setelah mengikuti sesi kuliah pada minggu ke-6 ini, pengetahuan saya terhadap seni muzik tradisional makyung dan kompang bertambah dan memberi pengetahuan yang mendalam terhadap muzik itu sendiri. Secara tidak langsung, dapat membuka mata dan merangsang minat untuk lebih menghayayi muzik tradisional itu sendiri.
JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN
-
Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Setelah 14 minggu
dalam tempoh kuliah, akhirnya kelas SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia
berakhir deng...
14 years ago
0 comments:
Post a Comment