Saturday, August 14, 2010

Jurnal Refleksi Minggu ke-5

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Pada minggu kelima, tajuk yang telah dibincangkan adalah mengenai Gamelan dan Caklempong dan ditekankan 3 objektif utama iaitu: sejarah dan jenis-jenis gamelan dan caklempong, alat-alat muzik dan caklempong serta sistem tonal, bentuk, melodi, tekstur caklempong.

Sebelum saya mengikuti topik gamelan dan caklempong ini, pengetahuan saya tentang kedua-dua jenis ensemble ini tidaklah terlalu khusus seperti apa yang telah dipelajari pada minggu kelima. Sebelum ini, saya ada mengambil subjek gamelan Melayu yang sekurang-kurangnya memberi saya lebih pengetahuan tentang ensemble ini, saya mengetahui serba sedikit tentang sejarahnya yang sangat menarik, alat-alat muziknya, serta sistem tonal dan bentuknya. Bagi caklempong pula, saya tidak begitu didedahkan dengan ensemble tersebut kerana baru mengambil subjek ini.

Semasa sesi kuliah minggu kelima diadakan, banyak input yang dapat saya peroleh tentang gamelan dan caklempong, jika difokuskan kepada negara Malaysia, terdapat dua gamelan yang terkenal di negara ini iaitu Gamelan Terengganu dan Gamelan Jawa.



GAMELAN
 Persamaan gamelan Terengganu dan Jawa ini adalh kedua-duanya adalah jenis muzik tarian utama. Dari segi sejarah pula,  Gamelan Terenganu sebenarnya berasal daripada  Jawa yang telah dibawa masuk oleh kerabat Pahang melalui perkahwinan di antara kerabat Jawa dan Pahang. Dijadikan cerita Gamelan Terengganu ini mendapat namanya kerana salah seorang ahli kerabat Pahang telah berkahwin dengan kerabat Diraja Terengganu dan akhirnya set gamelan itu dibawa ke Terengganu. Beberapa siri pengubahsuaian telah dilakukan pada permainan gamelan tersebut dan pda masa itu, gamelan hanya dimainkan di Istana sahaja.

Selain itu, sejarah Gamelan Jawa di Malaysia berlaku apabila berlakunya penghijrahan penduduk Pulau Jawa ketika era penjajahan Eropah di Semenanjung Tanah Melayu dan pada masa yang sama, mereka ini turut membawa set gamelan yang terdapat di tempat mereka itu, Perbezaan gamelan Jawa dan Gamelan Terengganu ini dapat kita dilihat kerana gamelan Jawa ini tidak hanya terhad kepada permainan di Istana sahaja bahkan boleh dimainkan sebagai muzik rakyat. Gamelan Jawa ini biasanya juga turut disertakan dengan nyanyian.

Jika kita melihat dari sudut alatan muzik pula, kita dapati alat muzik yang dimainkan dalam gamelan Terengganu lebih sedikit daripada apa yang terdapat dalam Gamelan Jawa. Gamelan Terengganu mempunyai tujuh alatan muzik kesemuanya termasuklah  lima terdiri daripada keluarga idiofon iaitu bonang/keromong, kenong, saron demong, saron baron dan saron pekin, satu daripada jenis xylophone iaitu gambang dan akhirnya satu daripada golongan membranofon iaitu gendang.  Berbeza dengan  gamelan terengganu, gamelan Jawa mempunyai alatan yang lebih banyak merangkumi sembilan alatan iaitu tiga jenis gendang (ketipung, jiblon, bem), bonang, demong, saron baron, penerus, gambang, kenong, kempol dan gong.


Sistem Notasi pada kedua-dua jenis Gamelan ini dilihat tidak begitu penting pada zaman dahulu kerana ia dimainkan dengan cara menghafal lagu-lagu yang hendak dimainkan.Selain itu, pada masa dahulu juga, pemain-pemain banyak mempelajari lagu-lagu gamelan ini melalui imitasi. Pada masa kini, sistem notasi diperkenalkan unutk memudahkan para pemain memainkan gamelan terutamanya jika perlu memainkannya dalam keadaan in situ. Namun begitu, pemain-pemain gamelan zaman dahulu telah mencipta satu sistem hafalan yang memudahkan mereka iaitu dengan menggunakan sistem kepatihan( menggunakan sistem nombor) yang sehingga kini masih digunakan. Pengunaan tekstur polifoni begitu jelas dalam permainan gamelan.


http://hnizam.blogspot.com/2009/04/cak-lempong.html

CAKLEMPONG
Dari segi sejarah, Caklempong ini sebenarnya berasal daripada Minangkabau dan dibawa masuk ke Negeri Sembilan iaitu di kawasan Kuala Pilah. Muzik jenisan ini biasanya dimainkan ketika berlangsungnya acara perkahwinan serta dimainkan juga ketika tarian lilin dan pecak silat.

Antara alatan muzik yang digunakan dalam ensemble caklempong ini adalah bonang yang merupakan satu jenis alat muzik yang  meyerupai gong namun saiznya jauh lebih kecil daripada gong. Greteh merupakan alat muzik yang utama dan sebenarnya merupakan 15 bonang-bonang yang disusun dalam satu set mengikut tangga nada C minor. Dalam caklempong terdapat dua Greteh yang mana penggunaan kaunter melodi dapat diaplikasikan. selain itu, Tingkah pula merupakan salah satu alat muzik yang terdapat dalam caklempong di mana ianya seakan-akan gereh tetapi saiznya lebih kecil dan hanya mempunyai 8 biji bonang dalam set. Alat ini dimainkan untuk mengawal rentak dan dimainkan mengikut pukulan gendang.

Sauwa juga mempunyai lapan biji dan seakan-akan Tingkah cuma cara permainannya sahaja yang membezakan kedua-dua jenis alat tersebut. Sauwa diketuk mengikut corak Ostinato dan hendaklah diajarkan terlebih dahulu kepada pemain.  Tingkah dan Saauwa ini tidak diberikan  notasi sebaliknya hanya kod blok.
Gendang biasanya diperbuat daripada kayu nangka dan menggunakan kulit kerbau atau lembu. Terdiri daripada  Gendang Ibu dan Gendang Anak dan kedua-duanya dipalu menggunakan tangan. Peranan Gendang Ibu adalah mengawal tempo dengan dimainkan secara pukulan melalu.

Sebagai konklusinya, kuliah pada minggu kelima ini telah banyak memberikan saya kefahaman serta pengetahuan yang jelas tentang gamelan dan caklempong iu sendiri.
 

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 AMIRULAH Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template