Sunday, October 10, 2010

Jurnal Refleksi Minggu ke-11

ssalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pada minggu ke-11, sesi kuliah Muzik Tradisional Malaysia berjalan dengan adanya dua pembentang oleh dua kumpulan masig-masing membentangkan seni muzik Ghazal. Sebelum saya mengikuti kuliah pada minggu ini, pengetahuan saya terhadap Ghazal tidak begitu mendalam.


GHAZAL

Ghazal itu sendiri berasal daripada tanah arab yang biasanya dimainkan seiring dengan persembahan  nyanyian dan ada juga ditarikan dengan tarian zapin. alat muzik yang menjadi tunjang kepada muzik Ghazal adalah gambus yang menghasilkan nada melaui petikan tali.


Seperti pempentangan yang lepas,  pembentangan ini juga membincangkan objektif seperti sejarah dan bagaimana muzik ini datang ke Malaysia, pengaruh dan kesan, alat-lat muzik yang digunakan serta elemen-element muzik yang terdapat dalam  seni tradisional tersebut.

Sebagai imbasan kembali, antara perkara-perkara yang telah dibentangkan tersebut, telah banyak memberikan saya pengetahuan yang begitu berguna dalam seni tradisonal Ghazal dan  di Malaysia itu sendiri. Sebagai inisiatif untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya tentang seni tradisional ini, saya akan terus mencari gali bagi memastikan saya tidak menjadi katak di bawah tempurung dalm bidang ini. 


Teruskan Membaca...

Sunday, September 26, 2010

Jurnal Refleksi Minggu ke-9

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pada minggu ke-9, sesi kuliah Muzik Tradisional Malaysia berjalan dengan adanya dua pembentang oleh dua kumpulan masig-masing membentangkan seni muzik Ghazal dan Opera China. Sebelum saya mengikuti kuliah pada minggu ini, pengetahuan saya terhadap Ghazal tidak begitu mendalam.



GHAZAL

Ghazal itu sendiri berasal daripada tanah arab yang biasanya dimainkan seiring dengan persembahan  nyanyian dan ada juga ditarikan dengan tarian zapin. alat muzik yang menjadi tunjang kepada muzik Ghazal adalah gambus yang menghasilkan nada melaui petikan tali.



OPERA CINA

Satu persembahan tradisi cina yang dimain bersama dialog dalam bentuk nyanyian dan diringi oleh muzik. Pengkisahan pelbagai cerita dijadikan sebagai tema yang diambil dari pelbagai kelompok etnik cina.

Seperti pempentangan yang lepas, dua pembentangan ini juga membincangkan objektif seperti sejarah dan bagaimana muzik ini datang ke Malaysia, pengaruh dan kesan, alat-lat muzik yang digunakan serta elemen-element muzik yang terdapat dalam kedua-dua seni tradisional tersebut.

Sebagai imbasan kembali, antara perkara-perkara yang telah dibentangkan tersebut, telah banyak memberikan saya pengetahuan yang begitu berguna dalam seni tradisonal Ghazal dan Opera Cina di Malaysia itu sendiri. Sebagai inisiatif untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya tentang seni tradisional ini, saya akan terus mencari gali bagi memastikan saya tidak menjadi katak di bawah tempurung dalm bidang ini. 






Teruskan Membaca...

Friday, August 27, 2010

Jurnal Refleksi Minggu ke-7

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Pada minggu ke-7 ini, sesi kuliah dijalankan dengan mengadakan dua sesi perbentangan oleh dua kumpulan pertama pada minggu ini. Masing-masing membentangkan tajuk Sejarah Muzik Tradisional di Tanah Melayu dan Zikir.

Kumpulan 1 : Sejarah Muzik Tradisional di Tanah Melayu



Kumpulan ini membentangkan tajuk ini dengan menyentuh beberapa aspek penting iaitu konsep dan sejarah, pengaruh luar dan contoh alat muzik.

Dalam aspek perkembangan muzik tradisional, perkembangan ini sentiasa berlaku bermula dari zaman purba sehingga zaman moden yang mana setiap zaman itu mempunyai keunikan muziknya dan bentuk  yang tersendiri. Kita dapat melihat, misalnya, di zaman purba kala dahulu, alat-alat muzik yang digunakan adalah tulang-tulang haiwan.Kemudian, apabila zaman semakin maju, alat-alat muzik yang digunakan dicipta dengan nilai-nilai yang mementingkan nilai seni dan bunyi yang lebih baik. Alat-alat muzik yang dibuat daripada tulang-tulang haiwan diganti dengan kayu, logam dan sebagainya dan mempunyai bentuk yang lebih baik.

Antara pengaruh-pengaruh luar yang terdapat dalam muzik tradisional di Malaysia ialah pengaruh budaya dari India, China dan Timur Tengah. Kesemua pengaruh ini dibawa masuk melalui faktor perdagangan, perkahwinan. Selain itu, muzik tradisional di Malaysia juga pendapat pengaruh hasil daripada penjajahan oleh Portugis, Belanda dan Inggeris yang pada masa yang sama membawa masuk budaya mereka ke Tanah Melayu.

Pengaruh-pengaruh yang terdapat di Malaysia ini dapat kita lihat melalui alat-alat muzik yang terdapat dalam muzik tradisional kita sekarang.

Kumpulan 2 : Zikir



Dalam perbentangan oleh kumpulan kedua ini, mereka membawa kita masuk ke dunia Islam dengan membentangkan tajuk Zikir. Beberapa aspek penting tentang zikir disentuh iaitu sejarah, pengertian, pengaruh,  upacara yang terdapatnya penggunaan zikir dan aspek muzikal yang terdapat dalam zikir. Kumpulan ini juga memperlihatkan contoh-contoh zikir yang mengikut tarekat masing-masing. Pengaruh yang terdapat dalam zikir berdasarkan mazhab Syafi'e.

Antara upacara yang menggunakan zikir adalah seperti tahlil, hari-hari kebesaran seperti hari kemerdekaan, tahun baru dan lain-lain. Dalam aspek muzikal pula, biasanya zikir ini digunakan melalui muzik vokal.
Teruskan Membaca...

Sunday, August 22, 2010

Jurnal Refleksi Minggu ke-6

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada minggu ke-6, dua tajuk kuliah muzik tradisional telah pun dipelajari iaitu Makyung dan Kompang. Sebelum mengikuti sesi kuliah pada minggu ini, pengetahuan saya terhadap muzik tradisional Makyung tidak mendalam dan banyak yang masih saya tidak tahu tentang Makyung ini berbanding dengan Kompang kerana saya telah mengambil kursus ini semasa semester 1.

Semasa sesi kuliah minggu ke-6 ini, banyak input telah saya peroleh tentang Makyung dan Kompang itu sendiri antaranya sejarahnya, alat muzik yang dimainkan, dan elemen-elemen yang digunakan dalam kedua-dua seni muzik tradisional tersebut.

MAKYUNG



Makyung merupakan salah satu seni muzik jeni tarian utama ataupun dipanggil juga sebagai dramatari yang berbentuk cerita mitos dan lagenda. Makyung ini dibentuk melalui identiti dramatik yang menggunakan manusia sebagai pelakon. Banyak pendapat mengenai asal usul sejarah Makyung ini antaranya ialah berasal dari Patani, dan kemudiannya tersebar luas ke Semenanjung Malaysia, Medan dan Kepualauan Riau-Lingga. Makyung ini begitu terkenal krtika dibawah naungan Sultan Mohamad ke IV.

Asalnya muzik ini hanya dimainkan di istana tetapi lama-kelamaan muzik ini menjadi muzik rakyat dan begitu terkenal di Kelantan.Makyung ini dimainkan dengan cara Theater In The Round iaitu persembahan yang dilakukan dengan ditengah-tengah penonton yang duduk secara bulatan.
.
Dalam muzik tradisional Makyung ini, antara watak-watak yang dimainkan adalah Pak Yung dan Pak Yung Muda sebagai utama, Makyung dan Puteri Makyung sebagai Raja Perempuan, Peran Tua dan Peran Muda sebagai pengasuh, dan Tok Wan sebagai ahli nujum dan tukang.

Antara alat muzik yang dimainkan dalam Makyung ialah rebab. Rebab merupakan satu alat yang penting dalam Makyung kerana bukan sahaja berfungsi sebagai alat muzik dalam persembahan tersebut malahan merupakan semangat bagi seni ini. Kita dapat melihat betapa pentinganya rebab itu sehingga adanya lagu Mengadap Rebab sebagai penghormatan terhadap rebab itu sendiri terlebih dahulu. Selain rebab, antara alat-alat muzik lain yang dimainkan dalam Makyung ialah sepasang gendang, tetawak, rebab 3 tali, serunai, geduk dan canai.

Bentuk pengalunan muzik Makyung ditentukan oleh sistem gongan yang dipimpin oleh tetawak. Kita juga dapat melihat irama yang dimainkan adalah secara meningkah dan hampir kesemua lagu dalam seni Makyung ini bertempo perlahan.


KOMPANG



Sejarah muzik kompang yang terdapat di Malaysia ini dikatakan berasal daripada Timur Tengah ataupun dari tanah Arab. Kompang ini dibawa masuk melalui Jawa oleh pedagang Arab pada kurun ke-13. Dalam masyarakat Melayu, kompang ini merupakan satu jenisan muzik yang popular. Kompang ini diperbuat daripada kulit kambing betina pada bahagian tengahnya manakala bahagian tepi diperbuat daripada kayu nangka. Kebiasaannya, alat ini mempunyai pelbagai saiz mengikut peringkat kesesuaian pemain. Antara saiz yang biasa digunakan adalah 30cm bagi pemain yang berumur lingkungan 12 tahun. Manakala bagi orang dewasa, saiz yang biasa digunakan adalah 32.5 cm, 35 cm dan 37.5 cm.

Cara permainan kompang adalah dengan memukul bahagian tengah kompang itu dengan tangan ataupun jari dan boleh dimainkan secara duduk, berdiri ataupun berarak dan terkini formasi. Bunyi berlainan dapat dihasilkan cara pukulan yang berlainan. Kompang dapat menghasilkan dua bunyi yang berlainan iaitu 'pak' dan 'bung'. tiga cara pukulan iaitu pukulan melalu, meningkah dan menyilang dapat menghasilkan paduan bunyi yang harmoni dengan melalu dan meningkah adalah pukulan asas manakala menyilang menghasilkan harmoni.

Konklusinya, setelah mengikuti sesi kuliah pada minggu ke-6 ini, pengetahuan saya terhadap seni muzik tradisional makyung dan kompang bertambah dan memberi pengetahuan yang mendalam terhadap muzik itu sendiri.  Secara tidak langsung, dapat membuka mata dan merangsang minat untuk lebih menghayayi muzik tradisional itu sendiri.
Teruskan Membaca...

Saturday, August 14, 2010

Jurnal Refleksi Minggu ke-5

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Pada minggu kelima, tajuk yang telah dibincangkan adalah mengenai Gamelan dan Caklempong dan ditekankan 3 objektif utama iaitu: sejarah dan jenis-jenis gamelan dan caklempong, alat-alat muzik dan caklempong serta sistem tonal, bentuk, melodi, tekstur caklempong.

Sebelum saya mengikuti topik gamelan dan caklempong ini, pengetahuan saya tentang kedua-dua jenis ensemble ini tidaklah terlalu khusus seperti apa yang telah dipelajari pada minggu kelima. Sebelum ini, saya ada mengambil subjek gamelan Melayu yang sekurang-kurangnya memberi saya lebih pengetahuan tentang ensemble ini, saya mengetahui serba sedikit tentang sejarahnya yang sangat menarik, alat-alat muziknya, serta sistem tonal dan bentuknya. Bagi caklempong pula, saya tidak begitu didedahkan dengan ensemble tersebut kerana baru mengambil subjek ini.

Semasa sesi kuliah minggu kelima diadakan, banyak input yang dapat saya peroleh tentang gamelan dan caklempong, jika difokuskan kepada negara Malaysia, terdapat dua gamelan yang terkenal di negara ini iaitu Gamelan Terengganu dan Gamelan Jawa.



GAMELAN
 Persamaan gamelan Terengganu dan Jawa ini adalh kedua-duanya adalah jenis muzik tarian utama. Dari segi sejarah pula,  Gamelan Terenganu sebenarnya berasal daripada  Jawa yang telah dibawa masuk oleh kerabat Pahang melalui perkahwinan di antara kerabat Jawa dan Pahang. Dijadikan cerita Gamelan Terengganu ini mendapat namanya kerana salah seorang ahli kerabat Pahang telah berkahwin dengan kerabat Diraja Terengganu dan akhirnya set gamelan itu dibawa ke Terengganu. Beberapa siri pengubahsuaian telah dilakukan pada permainan gamelan tersebut dan pda masa itu, gamelan hanya dimainkan di Istana sahaja.

Selain itu, sejarah Gamelan Jawa di Malaysia berlaku apabila berlakunya penghijrahan penduduk Pulau Jawa ketika era penjajahan Eropah di Semenanjung Tanah Melayu dan pada masa yang sama, mereka ini turut membawa set gamelan yang terdapat di tempat mereka itu, Perbezaan gamelan Jawa dan Gamelan Terengganu ini dapat kita dilihat kerana gamelan Jawa ini tidak hanya terhad kepada permainan di Istana sahaja bahkan boleh dimainkan sebagai muzik rakyat. Gamelan Jawa ini biasanya juga turut disertakan dengan nyanyian.

Jika kita melihat dari sudut alatan muzik pula, kita dapati alat muzik yang dimainkan dalam gamelan Terengganu lebih sedikit daripada apa yang terdapat dalam Gamelan Jawa. Gamelan Terengganu mempunyai tujuh alatan muzik kesemuanya termasuklah  lima terdiri daripada keluarga idiofon iaitu bonang/keromong, kenong, saron demong, saron baron dan saron pekin, satu daripada jenis xylophone iaitu gambang dan akhirnya satu daripada golongan membranofon iaitu gendang.  Berbeza dengan  gamelan terengganu, gamelan Jawa mempunyai alatan yang lebih banyak merangkumi sembilan alatan iaitu tiga jenis gendang (ketipung, jiblon, bem), bonang, demong, saron baron, penerus, gambang, kenong, kempol dan gong.


Sistem Notasi pada kedua-dua jenis Gamelan ini dilihat tidak begitu penting pada zaman dahulu kerana ia dimainkan dengan cara menghafal lagu-lagu yang hendak dimainkan.Selain itu, pada masa dahulu juga, pemain-pemain banyak mempelajari lagu-lagu gamelan ini melalui imitasi. Pada masa kini, sistem notasi diperkenalkan unutk memudahkan para pemain memainkan gamelan terutamanya jika perlu memainkannya dalam keadaan in situ. Namun begitu, pemain-pemain gamelan zaman dahulu telah mencipta satu sistem hafalan yang memudahkan mereka iaitu dengan menggunakan sistem kepatihan( menggunakan sistem nombor) yang sehingga kini masih digunakan. Pengunaan tekstur polifoni begitu jelas dalam permainan gamelan.


http://hnizam.blogspot.com/2009/04/cak-lempong.html

CAKLEMPONG
Dari segi sejarah, Caklempong ini sebenarnya berasal daripada Minangkabau dan dibawa masuk ke Negeri Sembilan iaitu di kawasan Kuala Pilah. Muzik jenisan ini biasanya dimainkan ketika berlangsungnya acara perkahwinan serta dimainkan juga ketika tarian lilin dan pecak silat.

Antara alatan muzik yang digunakan dalam ensemble caklempong ini adalah bonang yang merupakan satu jenis alat muzik yang  meyerupai gong namun saiznya jauh lebih kecil daripada gong. Greteh merupakan alat muzik yang utama dan sebenarnya merupakan 15 bonang-bonang yang disusun dalam satu set mengikut tangga nada C minor. Dalam caklempong terdapat dua Greteh yang mana penggunaan kaunter melodi dapat diaplikasikan. selain itu, Tingkah pula merupakan salah satu alat muzik yang terdapat dalam caklempong di mana ianya seakan-akan gereh tetapi saiznya lebih kecil dan hanya mempunyai 8 biji bonang dalam set. Alat ini dimainkan untuk mengawal rentak dan dimainkan mengikut pukulan gendang.

Sauwa juga mempunyai lapan biji dan seakan-akan Tingkah cuma cara permainannya sahaja yang membezakan kedua-dua jenis alat tersebut. Sauwa diketuk mengikut corak Ostinato dan hendaklah diajarkan terlebih dahulu kepada pemain.  Tingkah dan Saauwa ini tidak diberikan  notasi sebaliknya hanya kod blok.
Gendang biasanya diperbuat daripada kayu nangka dan menggunakan kulit kerbau atau lembu. Terdiri daripada  Gendang Ibu dan Gendang Anak dan kedua-duanya dipalu menggunakan tangan. Peranan Gendang Ibu adalah mengawal tempo dengan dimainkan secara pukulan melalu.

Sebagai konklusinya, kuliah pada minggu kelima ini telah banyak memberikan saya kefahaman serta pengetahuan yang jelas tentang gamelan dan caklempong iu sendiri.
 
Teruskan Membaca...

Saturday, August 7, 2010

Jurnal Refleksi Minggu ke-4

 Pada minggu keempat, sesi pengajaran dan pembelajaran lebih menarik melalui pendekatan induksi dan kaedah yang selesa untuk kefahaman saya. Pendedahan kepada jenis-jenis wayang kulit, alat muzik yang digunakan serta persamaan serta perbezaan di antara setiap jenis wayang kulit memberikan saya lebih luas pengetahuan tentang wayang kulit.



Mengikut pengetahuan saya sebelum mengikuti topik ini, wayang kulit ini adalah salah satu hiburan yang hanya popular di kampung-kampung serta hanya terkenal di Kelantan, yang dimainkan oleh sekumpulan pemain wayang kulit termasuklah tok dalang dan sebagainya. Selain itu, saya juga mengetahui tentang acara buka panggung yang diselitkan dengan aspek ritual bertujuan untuk memastikan kelancaran  permainan wayang kulit itu sendiri. Patung-patung yang digunakan dalam wayang kulit ini juga memainkan peranan yang berlainan dan kita saya dapat melihat perbezaannya dengan melihat kepada jenis-jenis patung itu sendiri.

Pada sesi pembelajar minggu ke-4, saya ingin dan dapat mengetahui asas objektif pembelajaran dalam wayang kulit termasuklah jenis-jenis wayang kulit yang terdiri daripada wayang kulit jawa, wayang kulit gedek, wayang kulit melayu, dan wayang kulit jawa. Selain itu, saya juga, saya juga dapat mengetahui tentang alat-alat muzik yang dimainkan pada setiap jenis wayang kulit berpandukan kepada objektif kedua pembelajaran minggu ini. Seterusnya saya dapat mengetahui perbezaan pada setiap wayang kulit itu melalui alat muzik yang dimainkan, bahasa yang digunakan, serta patung-patung yang digunakan. Persamaan yang terdapat pada keempat jenis wayang kulit dapat dilihat antaranya ialah terdapatnya pengaruh serta isi cerita yang dalam Hikayat Ramayana dan Mahabrata.
Samad Ore Kebal
Teruskan Membaca...

Friday, August 6, 2010

BIODATA


Nama
Ahmad Amirulah bin Mohd Yunan
No Matriks
D20091035288
Program
Pendidikan Muzik (AT22)
Kumpulan
A
Semester
Semester 3
Subjek
SMP 2252 – Muzik Tradisional
Email
amirulahyunan030390
Alamat Blog
Negeri Asal
Kelantan
Teruskan Membaca...
 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 AMIRULAH Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template